01 September, 2009

Tahniah dari Puzi Hadi

Tahniah dari Puzi Hadi
Published January 20th, 2009 in PALESTIN.

Nota buat rakyat Amerika

bush-king-abdullah.jpg

(Tahniah le Malik Abdul Aziz sanggup pegang tangan Bush yang dah bunuh berjuta-juta orang Islam)

TAHNIAH! Anda memilih George W. Bush Jr. semacam George Bush Sr. memimpin Amerika Syarikat. Mereka berdua (bapa borek anak rintik) membeli atau menjual saham Perang Teluk II (2003) dan Perang Teluk I (1991).

TAHNIAH! Anda mempunyai presiden berahli silap mata, plagiarisme, pemutar belit dokumentasi sehingga ucap katanya memukau PBB dan sekutu Britain, Australia dan Sepanyol. Lakaran gambar satelit bumi Iraq begitu hidup dan berkaca ke mata Arab Saudi dan Kuwait. Tayangan dan suara rakaman Osama Bin Laden menggerunkan buat Pakistan.
king-abdullah-jordan.jpg

(Tahniah buat King Abdullah yang sanggup bersahabat dengan malaun Ehud Olmert)

TAHNIAH! Anda berbekal stesen CNN yang licik menayang gambar memanipulasikan berita yang palsu adalah ‘kisah benar.’ Berulang tayang gambar dan berulang tayang newsbar menanam kepercayaan ‘kisah benar’ yang benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
olmert-erdogan.jpg

(Tahniah..tahniah..Recep Erdogan, mampu senyum mesra dengan bapak presiden Zionis terlaknat)

TAHNIAH! Anda hidup dalam dunia CIA dan FBI menyuap hidangan data dan maklumat ke mulut presiden. Ejen-ejen perisik sibuk memantau dan memancing musuh dalam selimut dengan upah US Dollar dan wanita seksi ala aktor khayalan Ian Fleming. CIA menyelinap ke seantero dunia via kedutaan via multinasional via konglomerat via peace corp via atase kebudayaan via rombongan perdagangan - siapa sangka?

TAHNIAH! Anda dibebani kos biaya peperangan dan kos nyawa tentera di bumi Afghanistan memerangi al-Qaeda dan Taliban. Kini menanggung kos biaya menghidupkan keamanan, demokrasi dan kebebasan rakyat Iraq pada telahan presiden anda. Kos biaya keluar dari poket pembayar cukai Amerika iaitulah anda.

TAHNIAH! Presiden anda sentiasa menang andaian perang di atas kertas. Orang Amerika sentiasa hero sejagat tanpa mati ala aktor Rambo paparan filem. Tapi buku sejarah tidak pernah menipu atau ditipu ‘kisah benar’ Cuba, Vietnam dan Somalia.
mahmoud-abbas1.jpg

(Tahniah Hosni Mubarak, tutup pintu Rafah kemudian berjoli dengan sang syaitan Ehud Olmert..tahniahhhhh)

TAHNIAH! Anda mempunyai seseorang bernama Presiden George W. Bush yang menang ‘perang’ pilihan raya di Florida. Peti undi berulang dibuka dan kertas undi dikira semula atas nama demokrasi Amerika. Jangan diragui GWB pilihan anda yang disahkan mahkamah… demi untuk negara Amerika.

(Penulisnya Pakcik Puzi Hadi, adalah sasterawan Negeri Kedah yang lantang prolifik. Tahniah Pakcik Puzi, ajar kami orang muda jadi kurang ajar dengan syaitan Zionis itu! Bukan macam pemimpin2 dalam gambar, tak berani nak ‘marah’ pun pada dajal-dajal manusia)

KONSERT DIRAJA JUBLI PERAK 2009

pada 25julai yang lalu
universiti utara malaysia telah menganjurkan
KONSERT DIRAJA JUBLI PERAK
Sultan Kedah turut hadirr
yalaa suda namanya konsert diraja plak tu kn :DD
hmm
artisnya?
izwan pilus, norynn aziz sma tomok
hahhahah~~
iya iya
mesti ramai yg xpcaya saya dtg ni konsert kan
bkn bah, ni sebab markah 15% of our kokurikulum ada stu
lagipun tiket free apa :D
agak best jugakla, ada yang best ada yang boring
tapi tym tomok kuar semua terus tebangun ni
semua angkat kamera n enpon masing2
seb bek suda d warning awl2 'no flash'
kalo x, cnfirm terasa cm d red carpett
auww, telebih suda.
ok! snap snap tyme

oh ya
perfomasi terbaik pada malam itu jatuh kepada
pendeklamasi sajak
Puzi Hadi "Ilmu Budi Bakti"
naikk semua bulu roma yowww :)
ehh
tidak lupa
penari2 baju orenn
auww kamu semua buat kami semua tidak mengantuk :DD
sorii banyak gambar dari skrin jek
yalaa, saya bukan VIP mo duduk depan sebelah Sultan kan
hhhahahha~~
semua yang cutii,
ENJOY UR HOLIDAY!




31 Ogos, 2009

PETANG DI TAMAN BUKU PUTEH




PETANG DI TAMAN BUKU PUTEH

090820091155.jpg

Pakcik Puzi Hadi deklamasikan puisi untuk anak-anak yang ingin berjaya seperti Kak Madihah

“Luaskah pasaran buku di kampung macam ni Kak Ummu?” tanya Madihah sebaik menjejak kaki di laman rumah kami di Kedah. Saya menerangkan bahawa tujuan Taman Buku Puteh itu selain tapaknya percuma (milik abah sendiri) kami merancang untuk adakan aktiviti ilmu dari masa ke semasa. Penjualan buku dan cenderamata dibuat setiap hari dengan pasaran lanjutnya ke sekolah-sekolah (terutama jika diminta untuk abah dan saya berceramah tentang penulisan kreatif). Niat kami mahu memberi altenatif pada remaja dan kanak-kanak kampung untuk datang membaca buku atau ‘lepak ilmu’ di sini. Perancangan tersebut mengambil masa dari masa ke semasa. Dan pada hari ini, ia telah berjaya menarik ‘ramai’ (lebih 20 orang) warga kampung terdiri daripada ibubapa dan anak-anak untuk datang mendengar Madihah bertazkirah.

Program sebeginilah yang kami mahu laksanakan selalu di sini.

090820091154.jpg

Hari ini juga, selain mendengar Madihah memberi nasihat dan pengalamannya (hingga ada antara ibu-ibu mengalirkan air mata), para pengunjung disajikan dendangan puisi tentang kejayaan pasca perjuangan oleh Saudara Puzi Hadi yang tidak asing lagi dalam jagat sastera negeri Kedah. Saya sungguh bersyukur pada Allah kerana Taman Buku Puteh dapat menjadi tapak ilmu, kesedaran dan ukhwah kepada para penduduk Muslim sekitar ini.

090820091164.jpg

Lepas ni, mai la lagi no!

Semoga, Allah SWT memberi keluarga kami ketabahan dan kekuatan untuk melaksanakan lagi program-program pembangunan insan di sini walaupun dalam serba kekurangan. insya Allah.

MAILAH BERKUNJUNG KE TAMAN BUKU PUTEH!

Membangun jiwa merdeka

Membangun jiwa merdeka

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my

SETELAH lebih sedekad, akhirnya Radzi muncul sebagai Juara Deklamasi Puisi Kebangsaan.

SEBENARNYA banyak cara boleh dipilih bagi menunjukkan semangat patriotik dan sayangkan negara. Memasang bendera pada kenderaan dan di rumah, bersorak riang ria di Dataran Merdeka atau KLCC sambil mendengar artis popular menyanyi, adalah antara cara paling mudah dan serasi bagi golongan muda hari ini menyambut hari kemerdekaan.

Bagi mereka yang meminati dunia puisi, medium berkenaan dianggap sebagai laluan paling berseni dalam memahami erti merdeka dan kemerdekaan.

Pendeklamasi puisi yang juga disebut sebagai deklamator, mereka juga mempunyai cara tersendiri dalam membawa pengaruh kasih dan sayang kepada negara bangsa melalui laras kesenian yang tersendiri.

Impak puisi bertema patriotik sebenarnya adalah sangat hebat walaupun terlalu subjektif untuk diukur nilai melalui pandangan mata kasar manusiawi.

Kepada golongan deklamator, puisi di sebalik puitis kata, cukup relevan dengan sambutan kemerdekaan apabila dengan sendirinya menimbul pemahaman yang lebih jelas dan lebih tepat tentang sesuatu tema yang mahu dibicara.

Apabila membicarakan tentang cinta negara melalui puisi, ia dengan cepat dapat dihayati kerana sifat puisi itu sendiri sudahpun menjadi satu budaya dalam masyarakat kita.

DEKLAMASI puisi Khalid Salleh yang bersemangat dan penuh dengan unsur sinis sentiasa dinanti-nantikan.

Sama ada orang itu gemar puisi atau tidak, tetapi apabila membaca puisi, dia akan tahu tentang apa yang dilontar.

Kecanduan kepada dunia puisi, khususnya deklamasi puisi menjadikan Lt. Kolonel Radzi Abdul Hamid pasrah menanti lebih satu dekad untuk bergelar Juara Sayembara Puisi Kebangsaan.

Bertahun-tahun memasuki pertandingan berkenaan, berkali-kali menerima kekalahan di tangan pesaing, akhirnya, tanggal 16 Ogos 2009, bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman (MaTIC), melalui puisi Terima Kasih Pengalaman karya Solihin Osman, beliau berjaya meraih gelaran paling berprestij dalam lumba puisi peringkat dalam negara itu.

"Mencintai puisi dan mendeklamasi kepada khalayak adalah ketagihan yang penuh berseni. Hanya mereka yang mencintai puisi dan arena deklamasi yang akan faham mengenai rasa kecintaan ini," demikian ulas beliau sebaik saja namanya diumumkan sebagai juara.

Bagi bapa kepada tiga anak yang sudah lebih 20 tahun mengabdi hidup kepada pasukan keselamatan negara, puisi menjadi medium mendekatkan khalayak kepada rasa kasih dan sayang kepada nusa bangsa.

"Dalam era di mana pentingnya kita melestari semula makna merdeka di minda dan jiwa, puisi perlu memainkan peranan untuk generasi muda lebih menghargai kemerdekaan khasnya yang berbentuk patriotik," katanya lagi.

Menurut Radzi, dunia kepenyairan mempunyai barisan nama-nama hebat apabila menyentuh tentang karya berbaur patriotik.

"Memandang jauh ke belakang, penyair Afrini Adham pada tahun 1955 telah melahirkan puisi Malaya Pasti Merdeka. Puisi berkenaan dihasilkan dua tahun lebih awal daripada detik kemerdekaan negara, ia masih lagi releven dibaca dan dihayati oleh generasi muda hari ini.

"Sementara itu, Puisi Perjuangan Yang Belum Selesai karya bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad misalnya, telah mengingatkan generasi muda bahawa: Mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.

"Perjuangan Yang Belum Selesai adalah sebuah karya puisi moden yang begitu bermakna kerana menghantar mesej yang cukup tajam dan jelas kepada memakna kemerdekaan setelah lebih lima dekad kita meraihnya.

"Puisi seperti ini dapat menyubursegarkan semangat patriotisme dalam ruang lingkup luas, mengikut tafsiran generasi hari ini," katanya.

DR. LIM SWEE TIN menganggap puisi sebagai wacana ilmu.

Nama-nama seperti Marsli NO, Zaen Kasturi, Rahimidin Zahari, Syukri Abdullah, adalah nama yang cukup konsisten dalam menyuarakan semangat patriotik melalui puisi.

Khalid Salleh, Pyanhabib dan kumpulan Kopratasa pula adalah di kalangan selebriti yang menjadikan puisi sebagai 'roh' dan 'semangat' perjuangan seni mereka.

Menurut penyair yang memenangi S.E.A Write Award, Dr. Lim Swee Tin, peranan puisi patriotik dalam memakna sambutan kemerdekaan, tidak harus dipandang mudah sekaligus peranan para deklamator juga wajar dijulang ke hierarki hebat.

Puisi dengan idealismenya yang cepat menangkap emosi apabila disampaikan oleh deklamator yang hebat. Gaya bersahaja, lantunan suara penuh bersemangat diiringi intonasi naik turun, memudahkan mesej sampai kepada khalayak pendengarnya.

"Bahasa kita mempunyai sihirnya atau kuasa makna yang tersendiri. Ia dapat mengembangkan minda dan mendorong kepada daya fikir, emosi dan pemahaman terhadap sesuatu acara yang sedang berlangsung.

"Dalam konteks inilah puisi yang menonjolkan semangat patriotisme akan menjadi sangat berkesan, impak dan signifikan apabila disampaikan oleh seorang deklamator yang hebat.

"Dalam hubungan yang sama, peranan pemilihan dan penggunaan kata sangat penting dalam puisi khususnya menyampaikan semangat patriotisme dan perjuangan.

"Puisi adalah satu seni tradisi dan warisan kita. Apa yang berlaku hari ini sebagai kelangsungan kepada puisi-puisi terdahulu yang dihasilkan oleh generasi masa lalu. Sebab itu kita dapati puisi begitu cepat mengangkat pancaindera kita, menakluk kalbu kerana tradisi berpuisi itu sendiri sudah semakin menyeluruh ke dalam masyarakat," katanya.

Fuzi Hadi, sang juara pertama daripada Sayembara Puisi Kebangsaan (tahun 1987) melihat puisi sebagai wadah paling berkesan dalam menyebar luaskan semangat kasih, cinta, dan sayang kepada negara.

Fuzi yang muncul dengan aura cukup mempesona di pentas puisi Demimu Palestin anjuran Kumpulan Utusan melalui puisi Genting Gaza, Genting Yang Genting pada awal Januari tahun ini di Istana Budaya, kini sedang rancak menerima tawaran menganjurkan bengkel deklamasi puisi di seluruh negara untuk berkongsi ilmu kesenian yang dimiliki.

"Anak-anak sekolah akan lebih menghayati apa yang dikatakan sayang dan kasih kepada negara tercinta seandainya 'bijak' bermain dengan bahasa puitis puisi," kata penyair kelahiran Kedah ini dengan bersemangat.

PERTANDINGAN puisi merdeka mendekatkan generasi muda kepada makna perjuangan.

Sementara itu, Juara Deklamasi Puisi tahun 1996, Syukri Abdullah pula melihat puisi bernada tinggi dapat membawa khalayak terkeluar daripada ilusi kelekaan.

"Puisi adalah satu cara pengucapan yang berkesan, tidak statik, dapat membangkit semangat kesedaran kepada orang untuk lebih faham tentang jati diri bangsa," katanya yang juga antara deklamator yang masih lagi aktif menerima tawaran persembahan pentas mendeklamasi puisi di seluruh negara.

Meskipun dianggap sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan kesenian laras popular yang lain, puisi masih hidup dan berpijak di buminya yang nyata kerana diperjuang oleh kalangan pencinta setianya.

Meskipun imbuhan yang diterima oleh kalangan deklamator ini sangat tidak berbaloi dan diibarat bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan artis-artis popular, sekurang-kurangnya melalui 'kerja seni' mereka inilah, puisi kekal sebagai salah satu medium yang mempunyai maruah tersendiri.

Puisi melalui deklamator handalan ini menjadi 'senjata' yang cukup penting dalam menyebar luaskan mesej-mesej penting ke arah menjana sifat sayangkan nusa bangsa.

29 Julai, 2009

WISMA PEMBANTU PERUBATAN No. 11, Jalan Reko Sentral 9, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN: BER-1MALAYSIA, BER-1‘BAKTI MULIA’


PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN:
BER-1MALAYSIA, BER-1‘BAKTI MULIA’



Berkampung lagi delegasi warga PPP
seantero Semenanjung, Sabah & Sarawak
dalam sebuah konferans kebangsaan.
Kelangsungan kita bertamu, bersilaturahim
bersilang pandangan, berpencak kebijaksanaan.

Lazimnyalah puluhan kertas kerja
penceramah lincah lidahnya berbicara
pameran, persembahan poster & bengkel:
Keperihalan kompetensi & profesionalisme PPP
menangani isu perubatan terkini tercanggih.

Saratnya kertas kerja & ceramah konferans
membuka helaian ilmu pemikir & cendekia
menyerap ke minda PPP untuk dibawa pulang
ke desa indah & kota permai, ke klinik & hospital.

Seantero Malaysia menyalakan obor
membudayai 1Malaysia Perdana Menteri
kemilau cahayanya menempiasi kita, dan
diterjemah auranya ke acuan 1KKM
memanfaati ilmu, teknologi & ICT
ketekadan PPP ber-1‘Kami Sedia Membantu’
menjangkau sempadan ruang dan masa
memesrai pelanggan menderita meniti ajalnya.

Selamat berkonferans delegasi PPP dan,
selamat kembali ke desa & kota dan,
selamat menyuntik aura ‘Bakti Mulia’
ke sanubari & minda setiap diri
individu & apatah gred senioritinya
bertauliahkan Penolong Pegawai Perubatan.


Alor Setar, Kedah Darul Aman - PUZI HADI
20 Jun 2009 / 26 Jamadilakhir 1430 Penyair / Pesara PPP Gred U36

WISMA PEMBANTU PERUBATAN No. 11, Jalan Reko Sentral 9, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor


WISMA PEMBANTU PERUBATAN
No. 11, Jalan Reko Sentral 9, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Tanggal 12 Julai 2009 (Ahad, 3.00 petang)
memahat peristiwa ‘Hari ini dalam sejarah’
untukmu profesion Pembantu Perubatan alias warga
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) seantero Malaysia
naungan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia:
Terharu hati & teruja akal pada sebuah anjakan,
iaitulah bangunan Wisma Pembantu Perubatan (WPP).

WPP adalah suka-duka, ketawa-air mata
para pemegang amanah persatuan.
WPP adalah citra profesion PPP
seirama kejururawatan moden dunia.
WPP adalah wahana persatuan
menaiktaraf profesion berakademika.

Usah menyoal diri, apa persatuan menjanjikan apa
tanyai diri, apakah peran kita mengobori kilauan WPP.
Di mata kita tersergam WPP mewajah harga diri PPP
kejutan sebuah impian malam menjelma wajah siang.
WPP teriknya membahang mengundang pengisian
idea berani memacu ke hadapan membelah awan.

WPP mengikat silaturahim PPP dan pesaranya;
WPP mengakrab Persatuan (PPPM) & Kesatuan (KKPPSM);
WPP melangkah tapak ke dunia niaga perubatan: Iaitu…
WPP mengimpikan sebuah kolej latihan swasta PPP;
WPP mengilhami sebuah hospital swasta PPP:

Apapun apa WPP cerminan pandang belakang:
Warga Dresser @ Pembantu Rumah Sakit @ Pembantu Hospital;
Apapun apa WPP cerminan pandang hadapan:
Warga Pembantu Perubatan @ Penolong Pegawai Perubatan.
Jiwailah hidup-mati WPP kita
melayari bahtera http://www.pppmalaysia.com

Alor Setar, Kedah Darul Aman - PUZI HADI
19 Jun 2009 / 25 Jamadilakhir 1430 Penyair / Pesara PPP Gred U36

BER-1 PERLIS BER-1 RAKYAT BER-1 RAJA

BER-1 PERLIS BER-1 RAKYAT BER-1 RAJA

Daulat Tuanku
Merafak Sembah Puisi…
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
Raja Negeri Perlis dan Jajahan Takluknya.

Ber-1 Perlis
nun di utara Semenanjung
terkecil negeri di pemidang peta Malaysia.
Serangkai nostalgia sejarah antar empayar
Kedah, Siam, Aceh, Inggeris dan Jepun
langsung merdekanya Persekutuan Tanah Melayu
dan merdekanya Sabah & Sarawak ber-1 Malaysia.
Ber-1 Perlis
melingkari Kangar-nya ibu negeri,
Arau-nya Bandar Diraja ber-1 Raja,
Kuala Perlis-nya feri melangkah ke Langkawi dan,
Padang Besar-nya menarik RM & Baht Thailand.
Ber-1 Perlis
menggamit pelancong lokal dan global
menghimbau artifak di Kota Al Marhum Kayang,
mengintai si dia via cermin di Taman Ular Batu Pahat,
beriadah dalam keheningan Tasik Melati,
menyusuri kegelapan mengkelamkan Gua Kelam,
tak perlu ke Medan di sini kita punya Gunung Medan jua,
flora & fauna sang pencipta mewangi Wang Kelian.

Ber-1 Rakyat
di dada tanahnya bersawah padi & mempelam Harumanis
di perut lautnya menangkap selaut ikan Selat Melaka
di kaki bukitnya memugar hutan herba & mandian spa herba.
Ber-1 Rakyat
majoritasnya Melayu ditemani
India & Cina & lain-lain etnik
berkisahlah Awang Batil, syair & gurindam
kasih & rindu mereka ber-1 Perlis & ber-1 Raja.
Ber-1 Rakyat
mencintai ilmu hakiki & hakikat diterjemah melalui
UniMAP dan UiTM Arau dan puluhan sekolah rendah, menengah,
kolej universiti pada ilmu duniawi & wahyu Tuhan Semesta Alam.
Ber-1 Rakyat
ada kalanya dilitupi mendung kesakitan
ataukah kaki patah bukannya patah kaki
ataukah putus asa hilang panduan & pedoman.
Ber-1 Rakyat
Perlis.fm berceloteh tentang ‘gedung’ kisah
gedung ubat. Rupanya itulah Hospital Tuanku Fauziah
dulunya tersohor Hospital Kangar di Jalan Kolam.
Tapi mana kolamnya? Tertimbus atau ditimbus pembangunan.
Ber-1 Rakyat
satu-satunya hospital di Perlis sudahpun seabad lalu (1909)
Inggeris membina dispensari deretan rumah kedai beratap nipah
di pekan Kangar dengan seorang dresser Jagat Singh.
Sesudah itu ianya menjadi sejarah, daripada dispensari
bertukar rumah sakit separa kayu (1915), daripada dresser
dah ada doktor (1926) dan bidan (1927) dan ramai lagi.
Orang Melayu yang percayakan hantu & pawang dan takuti jarum
dah berani ke depan bila Raja Perlis, DYMM Raja Syed Safi
merasmikan wad khas orang Melayu (1928). Lama kelamaan
warga kerja kian bertambah, bilangan katil bertambah,
disiplin kepakaran bertambah – Lantaran beban tugas bertambah.
Ber-1 Rakyat
melihat transformasi prasarana kesihatan
daripada rumah sakit kepada Hospital Besar Kangar
langsung pula Hospital Kangar (1995) dan
terkini Hospital Tuanku Fauziah (2005).
Topeng sebuah dispensari kuno bertukar wajah
sebuah hospital moden dan canggih menjanjikan
perawatan kelas dunia kepada rakyat ber-1 Perlis.
Ber-1 Rakyat
menumpang teduh di Hospital Tuanku Fauziah
menumpang restu kasih dan takzim Raja Perempuan Perlis,
DYMM Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
dek ber-1 Perlis.

Ber-1 Raja “Semoga Allah Dirgahayu Tuanku”
ber-1 Raja “Kedaulatan Raja tonggak berperlembagaan”
ber-1 Raja “Raja dan rakyat berpisah tiada” … tapi
Ber-1 Perlis Ber-1 Rakyat Ber-1 Raja.


Alor Setar, Kedah / 20 Mei 2009 - PUZI HADI, Pesara PPP U36

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN: PANDANG BELAKANG & PANDANG HADAPAN

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN:
PANDANG BELAKANG & PANDANG HADAPAN

I – Pandang Belakang


Kitalah Dresser pewaris zaman seratus tahun keagungan Tanah Melayu era penjajah.
Kitalah Pembantu Rumah Sakit di bandar di kampung di pedalaman kala Malaysia merdeka. Kitalah Pembantu Hospital di kota di desa di belantara di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kitalah Pembantu Perubatan menumpahkan keringat di sana-sini
Pusat Kesihatan Kecil & Pusat Kesihatan Besar;
Hospital Daerah & Hospital Besar (itu istilah lama).

Kita kini menguasai pelbagai disiplin kepakaran di hospital & klinik kesihatan
dan peralatan canggih perubatan berteknologi tinggi
mengendali kesihatan pesakit di darat, laut dan udara
tak mengira siang mahupun malam.

Di satu petang di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
tanpa diduga YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berbicara tentang kita @ Pembantu Perubatan.
Bagaimana boleh tiba-tiba YAB PM berbicara tentang kita.
Kitapun telah lanjut usia
diberi suntikan semangat baru
diberi penjenamaan baru
diberi pengharapan baru.

II – Pandang Hadapan

Terima kasih buat teman-teman: Sama ada dulunya Dresser, Pembantu Rumah Sakit, Pembantu Hospital, Pembantu Perubatan yang dulu-duluan mendahului kami. Kalianlah pejuang yang setia yang cinta kepada profesion yang terus bertapak teguh di landasan sejarah. Kalianlah pejuang yang mengimpikan siang bermentari, meyakini esok hari tetap ada dan menganjak profesion terus di persada negara. Kalianlah lewat Lembaga Pembantu Perubatan, Kesatuan Pembantu Perubatan Malaysia (NUMA) dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (MAMA) menggembleng tenaga, idea dan masa demi sebuah perjuangan: Tanpa mengira hujan mahupun panas tanpa mengira ribut mahupun petir tanpa mengira untung mahupun rugi...

Terima kasih khususnya Haji Hassan Bin Haji Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Perubatan yang jiwa raganya demi profesion tanpa takut dan bimbang.

Terima kasih khasnya Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sentiasa mencabar kewibawaan kita. Direstuinya penjenamaan baru kita sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Bagaimana dengan aku dan kalian?
Menumpang tuah di atas kapal yang sedang belayar di lautan luas. Tanyai diri –
Apakah kita komited di tempat kerja?
Apakah kita proaktif menangani situasi?
Apakah kita berfikir kreatif dan inovatif?
Apakah kita telus pada sebuah akujanji?
Apakah kita bernawaitu dengan-Nya Tuhan Yang Esa….

Alor Star, Kedah (2003/2005/22 Mei 2007) - PUZI HADI Mantan PPP Gred U36

08 Mei, 2009

MALAM PUISI DI RUMAH PENA 3.4.2009



KOMUNITI KITA Pelajar sertai kem penulisan

KOMUNITI KITA

Pelajar sertai kem penulisan



PESERTA Kem Perkampungan Penulisan Muda dan Perkampungan Bahasa dan Sastera bersama penyair Kedah, Mohammad Puzi (hadapan, dua dari kiri) di Pendang, Kedah kelmarin.

CUNGKIL BAKAT. Seramai 93 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lapan buah daerah di Kedah terpilih menyertai Kem Perkampungan Penulisan Muda dan Perkampungan Bahasa dan Sastera peringkat negeri di Pendang Lake Resort, Pendang kelmarin.

Penganjur kem tersebut, Nur Azni Yaacob berkata, program seperti itu bertujuan mencungkil serta mengasah bakat penulisan di kalangan pelajar dan mereka yang berbakat bakal dihantar mewakili Kedah ke kem peringkat Kebangsaan di Labuan pada Julai ini.

Kem tersebut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Kedah dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara manakala penyair Kedah, Mohammad Puzi A. Hadi ialah salah seorang daripada tenaga pengajar yang terlibat dalam kem itu.

26 April, 2009

O BAMA! & O SAMA!




O BAMA! & O SAMA!

O AAMA
BARACK HUSEIN O BAMA, Presiden Amerika Syarikat ke-44
O CAMA
O DAMA
O EAMA
O FAMA
O GAMA
O HAMA
O IAMA
O JAMA
O KAMA
O LAMA
O MAMA
O NANA
O OAMA
O PAMA
O QAMA
O RAMA
O SAMA BEN LADEN, Ketua Al-Qaeda
O TAMA
O UAMA
O VAMA
O WAMA
O XAMA
O YAMA
O ZAMA


Alor Star, Kedah Darul Aman - PUZI HADI
18 Disember 2008

MALAM PUISI 'SEMPENA ULANGTAHUN MAJLIS PERBANDARAN JASIN, MELAKA





26 Januari, 2009

Manifestasi kebencian pada Israel

SASTERA

ARKIB : 26/01/2009
Manifestasi kebencian pada Israel

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


ABDELAZIZ Abu Ghoush (kiri) memakaikan kefiyah yang merupakan simbol perjuangan Palestin ke leher Mohd. Shafie Apdal (kanan) sambil disaksikan oleh Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

HAMPIR setiap hari, kita membaca keganasan berterusan Israel terhadap masyarakat Palestin.

Ketika suara kutukan demi kutukan kebanyakan masyarakat dunia kedengaran, kaum Yahudi itu tidak pernah mengambil peduli desakan antarabangsa.

Begitu juga resolusi demi resolusi yang dibuat oleh pelbagai pertubuhan antarabangsa sejak 60 tahun krisis Asia Barat itu juga tidak ubah seperti hamparan kaki buat Israel serta penajanya Amerika Syarikat (AS).

Lalu, kita menyaksikan pembunuhan secara terang-terangan Israel ke atas penduduk Palestin.

Palestin terus bermandi darah dan Israel akan terus mempunyai alasan untuk mewajarkannya meskipun buat 1,000 tahun lagi.

Memadaikah kita hanya sekadar berpeluk tubuh melihat kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin yang terus merintih meminta simpati masyarakat dunia?

Yang mungkin ada pada kita ialah rasa simpati yang cukup tinggi untuk membantu saudara kita.

Kalau tidak dapat membangunkan semula negara Palestin yang musnah akibat kerakusan Israel, sekurang-kurangnya kita menghulurkan bantuan moral untuk mengembalikan semula motivasi mereka untuk hidup.

Lalu, terjemahan suara hati segelintir rakyat Malaysia kedengaran pada Jumaat lalu menerusi Malam Puisi Demimu Palestin yang berlangsung dengan jayanya di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Kumpulan Utusan ia, merupakan antara usaha yang dirintis oleh organisasi media itu sebagai menggambarkan sikap prihatin dan komited kalangan selebriti, pemimpin dan penyair tanah air terhadap isu kemanusiaan yang kini sedang menimpa rakyat di Palestin.

Hakikat tersebut dapat dilihat apabila acara mendeklamasikan sajak anjuran warga Kumpulan Utusan itu disertai oleh ramai golongan artis biarpun mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Pelbagai mesej kemanusiaan disampaikan oleh mereka yang diundang. Ada yang memilih untuk menyampaikan mesej secara terbuka dan sindiran menerusi bait-bait puisi dan lirik lagu.

Terjemahan amarah karyawan seni senada dengan kutukan masyarakat antarabangsa terhadap rejim zionis yang seperti hilang pertimbangan.

Acara pembacaan puisi pada malam itu menjadi manifestasi terhadap kebencian yang meluap karyawan-karyawan seni seperti Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dalam puisi nukilan beliau, Wad Serigala dan Anak-Anak Palestina.

Bait-bait puisi tulisan beliau menjelaskan betapa Israel tanpa mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan memusnahkan satu bangsa.

Malam Puisi Demimu Palestin tempoh hari itu juga menarik perhatian lebih 2,000 penonton yang memenuhi Laman Santai, Istana Budaya apabila kumpulan Trio Harmoni membuka gelanggang menerusi lagu puisi Balada Seorang Gadis.

Kumpulan itu turut menarik perhatian khalayak menerusi lagu puisi berjudul Tuan Presiden yang mengutuk tindakan Presiden negara sekutu Israel, Amerika Syarikat yang seolah-olah ‘menghalalkan’ peperangan.

Malam yang sarat dengan perasaan kasih dan simpati rakyat Malaysia pada rakyat Palestin turut menyaksikan, pengacara tersohor, Aznil Nawawi yang sanggup meluangkan masa pada acara amal bagi mengisi tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) itu meskipun sibuk dengan pelbagai aktivitinya dalam bidang seni.

“Mungkin saya tidak mampu untuk ke Palestin berjuang bersama-sama rakyat negara itu menentang keganasan Israel.

“Jadi, melalui kerja seni, saya mengharapkan ia setidak-tidaknya dapat membantu mengubah nasib mereka yang terus menderita,” kata pengacara nombor satu negara itu berkongsi luah rasa mengenai penglibatannya dalam acara itu.

Kalau sudah namanya penyair terkenal, Rahimidin Zahari tidak perlu bekerja keras untuk menarik minat penonton yang hadir pada malam itu untuk terpaku dengan gaya penyampaian puisinya bertajuk Al-Aqsa.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam dan anaknya, Syamsul cukup hebat di gelanggang perfileman.

Namun, malam itu, dua beranak itu berganding bahu menyampaikan puisi khas berjudul Air Mata Palestin.

Teman seperjuangan Yusof, David Teo yang juga penerbit filem Metrowealth Movies Production (MMP) tidak ketinggalan menyampaikan sebuah puisi hasil cetusan idea dan rasa keprihatinannya terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin.

Walaupun sakit tekak dan hampir hilang suara pada malam itu, tetapi David tetap menguatkan semangatnya mendeklamasikan sajaknya yang berjudul Doa Untuk Palestin dengan gayanya yang bersahaja, tetapi mencuit hati.

Penyanyi popular tahun 1980-an, Sohaimi Mior Hassan pula tidak terkecuali menyampaikan sebuah lagu puisi nukilannya sendiri yang berjudul Demokrasi dengan menerima tepukan gemuruh kerana beliau sudah lama tidak muncul pada persembahan terbuka seperti itu.

Apatah lagi, gaya nyanyian dan vokalnya yang ‘bersuara jantan’ itu memang dinanti-nantikan oleh ramai peminat beliau pada malam itu yang tidak sabar menanti kemunculan album terbarunya berjudul Keunikan Sohaimi Mior Hassan 1978 - 2008 yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Penyanyi dan komposer terkenal, M. Nasir juga turut serta pada acara yang diadakan secara percuma kepada orang ramai itu dengan menyampaikan sebuah lagu puisi berjudul Masirah.

Biarpun terdapat beberapa gangguan teknikal pada cakera padat minus one lagu itu, tetapi ia tidak melemahkan semangat beliau yang kemudiannya menyambung persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya berjudul Saudagar Mimpi tanpa diiringi alunan muzik.

Artis lain yang membacakan puisi mereka ialah Datuk Ruhanie Ahmad, kumpulan Kopratasa menerusi sajak berjudul Sampai Bila, Fouziah Ghous (Ajar Siti Hajar), Freddie Fernandez (Nada dan Irama Palestin) serta kumpulan Meet Uncle Hussain yang menyampaikan lagu popular mereka berjudul Lagu Untukmu yang juga juara Anugerah Juara Lagu ke-23 minggu lalu.

Penyair terkenal dan juga Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menambahkan kemeriahan gelanggang puisi pada malam itu dengan menyampaikan dua karya ciptaan beliau bertajuk Wad Serigala dan Anak-Anak Palestina.

Selain beliau, penyair terkenal tanah air yang turut mendeklamasikan puisi mereka ialah penyair Puzi Hadi yang sanggup datang dari Alor Setar, Kedah, semata-mata kerana mahu mengumandangkan puisinya yang bertajuk Genting Gaza, Gentingnya Genting.

Puisi Puzi itu yang telah disiarkan menerusi ruangan Forum akhbar Utusan Malaysia pada 12 Januari lalu disampaikannya dalam nada yang sungguh lantang dan penuh semangat sebagai tanda protesnya atas kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Turut menyampaikan puisi ialah penyair Zaen Kasturi dengan karyanya yang bertajuk Di Gaza Malam Ini, Lt. Kol. Radzi Abdul Hamid (Israel Yang ‘Gila’ - Mengapa Palestin?), Dr. Lim Swee Tin (Api Zionis), Shukri Abdullah (Membaca Keagungan Silam) dan ASP Rosebaini Kassim (Malam Tahun Baru Di Gaza).

Sementara persembahan kumpulan kanak-kanak Bingkas Kebayan di bawah kendalian penyair Ladin Nuawi menerusi puisi bertajuk Putera Puteri Anbia juga banyak mencetuskan kesedaran di hati para penonton pada malam itu.

Penyampaian puisi yang diselang-selikan dengan sketsa kanak-kanak terbabit yang membaling batu, melastik ke arah tentera Yahudi sambil melaung-laungkan kemarahan mereka terhadap Israel menggambarkan penderitaan kanak-kanak Palestin tidak berdosa yang menjadi mangsa di sana.

Selain selebriti dan penyair, acara baca puisi itu dimeriahkan lagi apabila ia turut dijayakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menyampaikan puisi bertajuk Untukmu Palestin yang dicipta isteri beliau, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin turut mendeklamasikan sebuah puisi bertajuk Doa Buat Palestin yang dicipta oleh Penolong Pengarang akhbar Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain.

Majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu turut dihadiri oleh Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abu Ghoush, Ketua Setiausaha KPKKW, Datuk Dr. Muzahet Masruri, Setiausaha Bahagian Kementerian Luar, Datuk Mohamad Kamal Yan Yahya dan Pengarah Eksekutif Utusan, Mohd. Nasir Ali.

Hadir sama ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Pengurus Negara Islamic Relief Malaysia, Zawahir Abdullah, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin serta beberapa kerabat diraja.

Di samping KPKKW, Istana Budaya dan Kementerian Luar, acara pada malam itu turut disokong serta dijayakan oleh Finas yang menyediakan skin lebar untuk tayangan klip video.

Pak Arena pejuang sastera




RENCANA

ARKIB : 26/01/2009
Pak Arena pejuang sastera

Oleh ROOSFA HASHIM
PENULIS ialah pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semalam Pak Arena meninggalkan kita di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Arwah menghidap barah paru-paru. Penulis menerima beberapa pesanan ringkas dan telefon daripada anak-anak Pak Arena sejak pukul 3 pagi hingga ke siang. Dari rumah anaknya di Batu 22, Hulu Langat jenazahnya dipindahkan ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta Kuala Lumpur sebelum disemadikan di tanah perkuburan Bukit Kiara.

Beberapa hari lalu semasa singgah ke wad baldu PPUKM, saya sempat bercakap-cakap dengan Pak Arena sungguhpun beliau sudah tidak berkata-kata. Akan tetapi apabila saya menyebutkan dan bertanyakan tentang novel barunya yang baru terbit di Tanjung Malim dan manuskrip barunya yang kini di tangan Anwar Ridhwan, matanya terbuka luas dan terkelip-kelip seolah-olah mengiakan sesuatu. Mulutnya cuba mengungkapkan sesuatu. Demikianlah sikap Arenawati yang sentiasa mahu membicarakan tentang karya dan penulisan.

"Ayah is a fighter." Ratna, puteri beliau menjelaskan kekuatan Arenawati yang sudah empat bulan di hospital. Bagaimana beliau berjuang dengan pena, demikianlah beliau berjuang pada saat usianya yang terakhir. Menurut Ratna, Arenawati kuat semangat dalam pertarungannya menghadapi penyakit yang dihidapinya.

Tetapi, ketika saya menziarahinya beliau sudah tidak seperti yang saya selalu saksikan sejak 20 tahun lalu. Pada hari itu beliau terdampar lemah di katil.

Dulu, kalau ke UKM beliau selalu bertopi bagi melindungi kepalanya daripada panas matahari, bertongkat dan berbaju batik Indonesia. Beliau berbual dengan suara yang kuat dan jelas tapi mesra.

Pak Arena sebahagian daripada sejarah penubuhan UKM. Buku-buku awal dalam koleksi perpustakaan UKM diusahakan oleh Arenawati dengan memunggahkan buku dari Jakarta ke Pantai Baru pada awal 70-an.

Pak Arena pernah menjadi karyawan tamu di UKM pada 1985 bagi menulis memoirnya. Beliau juga telah dianugerahkan ijazah kehormat oleh UKM sebagai mengenang sumbangannya dalam kesusasteraan.

Arenawati atau nama sebenarnya Muhammad Dahlan bin Abdul Biang adalah anak Bugis asli. Beliau lahir pada 30 Julai 1925 di Kalumpang, Kabupaten Jeneponto, Makasar, Indonesia.

Pendidikan awalnya bermula di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa perang, pengajiannya terganggu dan beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada 1943. Pengalamannya di laut telah mematangkan wataknya yang mewarisi darah pelaut sejak turun temurun.

Arenawati diangkat menjadi nakhoda kapal pada usia 17 tahun. Beliau kemudian menghabiskan pelajaran menengahnya di Makasar pada 1953.

Kerjayanya sebagai penulis bermula di syarikat penerbitan di Singapura. Beliau bekerja sebagai pengarang di Royal Press bersama Cikgu Harun Aminurashid dan menerbitkan majalah Hiboran. Selain itu, beliau juga bekerja di Harmy Press.

Beliau kemudiannya ke Johor Bahru dan bekerja di Penerbitan Melayu Ltd., sebelum ke Brunei untuk menjadi penasihat percetakan Light. Di Kuala Lumpur beliau kemudiannya menyertai Aziz Antara di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Di tangan Arenawati sebagai editor, terbit sejumlah buku-buku yang besar dan kuat di Pustaka Antara. Arenawati menjadi pegawai penyelidik di Yayasan Sabah pada 1974.

Arenawati akan dikenang kerana karya-karyanya yang kuat dan besar jumlahnya. Antara karya beliau yang awal ialah Kisah Tiga Pelayaran yang terbit pada tahun 1959 di Singapura. Sejak itu semakin ligatlah beliau berkarya sehinggalah sejurus sebelum beliau dimasukkan ke hospital pada bulan Ramadan lalu.

Antara novel beliau seterusnya ialah Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga Dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Cakra Waruga, Trilogi Busa - Busa Hati, Trilogi Busa - Busa Sukma, Trilogi Busa - Busa Kalbu, Trilogi Armageddon: Mandala, Trilogi Armageddon: Menorah, Trilogi Armageddon: Pentagon, Warna Sukma Usia Muda. Kisah perjalanan hidupnya diabadikannya dalam Memoir Arenawati: Enda Gulingku.

Sebagai pengiktirafan terhadap bakat besar dan sumbangannya kepada dunia kesusasteraan Melayu, Pak Arena di anugerahkan SEA Write Award (1985), Anugerah Sasterawan Negara (1987). Karya beliau, Sukma Angin memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Arenawati juga adalah pemenang Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA) 2003.

Rakan-rakan, sahabat handai dan saudara mara meninggalkan tanah perkuburan Bukit Kiara dengan seribu kenangan suka duka bersama Arenawati.

Seharum bunga dari kuburan yang lembut, Arenawati meninggalkan nama yang wangi di pentas kesusasteraan Melayu - Nusantara.

Beliau akan tetap dikenang oleh sarjana dan rakan penulis di Eropah bak kuntum tulip biru dan kenalannya di Jepun akan mengenang beliau seperti sakura mengorak kelopak.

Prof. Dr. Soleha Ishak, Pengarah Pusat Kebudayaan di Universiti Malaya ketika ditemui berkata:

"Membaca karyanya, Sukma Angin saya dapat merasakan minda pasca moden dan toleransi yang pintar terhadap kepelbagaian budaya masyarakat di Asia Tenggara. Saya kagum dengan daya kreatifnya yang diletakkannya dalam konteks kepelbagaian budaya ini. Dunia kesusasteraan Melayu kehilangan seorang tokoh yang cemerlang."

Menurut Prof. Dr. Kamaruddin M.Said, Penerbit UKM merasa bangga dapat menerbitkan banyak hasil karya SN Arena Wati.

"Saya berpendapat Arena Wati ialah seorang sasterawan Melayu yang berminda glokal. Selain menukilkan kisah hidup Melayu Nusantara, beliau turut meletakkan naratif sastera Melayu dalam konteks kehidupan manusia sejagat di New York, Kyoto, Leiden dan kawasan Nusantara.

"Pengalamannya sebagai pelaut telah membentuk mindanya yang terbuka dan menjangkau luas ke seluruh pelosok dunia. Namun begitu, jati diri Melayu-Nusantaranya terus teguh hingga ke akhir hayatnya."

Sesungguhnya Arenawati adalah seorang tokoh yang amat penting dalam kesusasteraan Melayu moden.

Semasa hayatnya, Pak Arena tampil sebagai penulis yang cukup prolifik, tidak berhenti-henti menulis dengan pelbagai karya. Beliau ibarat sumur di ladang yang membuak-buak dengan air yang tak pernah kering.

Arenawati pergi dengan meninggalkan sejumlah karya besar untuk seluruh bangsanya. Negara kehilangan anak bangsanya yang besar jasanya dalam arena kesusasteraan. Saya kehilangan rakan penulis yang rapat dan cukup penyayang.

24 Januari, 2009

2,000 penonton sayu


BERITA UTAMA

ARKIB : 24/01/2009
2,000 penonton sayu

Oleh HERMAN HAMID
dan SAIFUL HAIZAN HASAM
pengarang@utusan.com.my


M. NASIR bersama kumpulan teater Bingkas Kebayan menyanyikan lagu Masirah sebelum mengakhiri Malam Puisi Demimu Palestin anjuran Kumpulan Utusan bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sedih, hiba dan sayu. Itulah gambaran yang jelas terpancar di wajah lebih 2,000 penonton termasuk tetamu kenamaan pada Malam Puisi Utusan Demimu Palestin di sini malam ini.

Walaupun Malaysia dipisahkan ribuan kilometer dengan Gaza namun dalam majlis di Laman Santai, Istana Budaya itu, mereka ternyata sangat hampir dengan penderitaan dan kesengsaraan dahsyat rakyat Palestin.

Ini jelas dilihat apabila setiap kali sesebuah puisi disampaikan, para tetamu dilihat terpaku menghayati bait-bait yang menceritakan keperitan dan penderitaan rakyat Gaza menghadapi kekejaman Israel.

Senario ini bertepatan dengan matlamat Kumpulan Utusan selaku penganjur Malam Puisi Utusan Demimu Palestin iaitu sebagai wadah menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Palestin selain manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim Zionis.

Penganjuran majlis itu mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang turut hadir, mendeklamasikan puisi bertajuk Untukmu Palestin, nukilan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di luar negara, menyampaikan salam sambil menyatakan sokongan terhadap usaha Kumpulan Utusan itu.

Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi ialah Jihad Abu Ghoush iaitu anak Duta Palestin, Abdelaziz Abu Ghoush yang hadir bersama isterinya, Iman Abu Ghoush.

Pada majlis itu, 21 penyair mendeklamasikan puisi termasuk Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang menyampaikan dua buah puisi ciptaannya pada majlis tersebut.

Samad dalam gayanya tersendiri menyampaikan puisi nukilannya sendiri bertajuk Anak-Anak Palestina dan Bendera Tengkorak.

Majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr. Muzahet Masruri; Setiausaha Bahagian Kementerian Luar, Datuk Mohamad Kamal Yan Yahaya dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali.

Hadir sama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamad Johari Shaarani dan Pengurus Negara Islamic Relief Malaysia (IRM), Zawahir Abdullah.

Tetamu kehormat lain ialah bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan beberapa kerabat diraja.

Penggiat-penggiat sastera tersohor tanah air yang turut menjayakan Malam Puisi Demimu Palestin ialah Dr. Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Shukri Abdullah, Puzi Hadi dan Rahimidin Zahari.

Sementara itu, beberapa selebriti tanah air juga tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi.

Antaranya, Aznil Nawawi yang turut bertindak sebagai pengacara; Zubir Ali menerusi kumpulannya, Trio Harmoni, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam bersama anaknya Shamsul, David Teo, kumpulan Meet Uncle Hussain, Engku Emran, Fouziah Ghous, kumpulan Kopratasa, Sohaimi Meor Hassan dan M. Nasir.

Selain penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin, Kumpulan Utusan turut menubuhkan tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) dengan kerjasama IRM.

Dalam pada itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya berkata, penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin ini merupakan satu usaha menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk menghayati kesedihan dan kesusahan rakyat Palestin.

“Apa yang penting ialah matlamat menyemai perasaan simpati kepada rakyat Palestin tercapai selain menunjukkan perasaan benci kita terhadap kekejaman yang dilakukan Israel.

“Tabung Dakap pula ternyata mendapat sambutan apabila sehingga kini berjaya mengutip lebih RM500,000,” katanya.

22 Januari, 2009

MUH sertai Malam Puisi Utusan



MUH sertai Malam Puisi Utusan

MEET UNCLE HUSSAIN kumpulan Indie Band yang menjuarai AJL 23.

KUALA LUMPUR - Penderitaan rakyat Palestin yang berhadapan dengan tragedi pembunuhan kejam oleh tentera Israel semenjak hampir sebulan lalu turut terkesan di jiwa anggota kumpulan Meet Uncle Hussain.

Kumpulan bergelar juara di Anugerah Juara Lagu, Ahad lalu, menganggap Israel telah melakukan jenayah paling kejam dalam sejarah ketamadunan manusia.

"Kekejaman itu harus dihentikan jika kita tidak mahu melihat lebih banyak nyawa tidak berdosa menjadi mangsa," kata vokalisnya, Alan.

Segala rasa keprihatinan Meet Uncle Hussain terhadap mangsa kekejaman Israel bakal diterjemahkan dalam majlis Malam Puisi Demimu Palestin yang akan berlangsung di Laman Santai, Istana Budaya Kuala Lumpur, Jumaat ini.

"Barangkali orang melihat artis rock berjiwa kasar. Bagaimanapun bila bercakap soal kemanusiaan, kami tetap tersentuh hati terutamanya apabila melihat tragedi yang sedang berlaku ke atas rakyat Palestin di Gaza ketika ini.

"Rasa simpati, rasa prihatin dan kemanusiaan kami akan diterjemahkan di majlis anjuran Kumpulan Utusan itu nanti," kata Alan mewakili rakan-rakan.

19 Januari, 2009

Malam Demimu Palestin di Laman Santai, Istana Budaya pada 23 Januari 2009

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
KEKEJAMAN tentera Israel terhadap rakyat Palestin terus mendapat perhatian seluruh negara.

Malam Demimu Palestin di Laman Santai, Istana Budaya pada 23 Januari

KEKEJAMAN tentera Israel terhadap rakyat Palestin terus mendapat perhatian seluruh negara.

Ramai mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin terutama orang awam dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan selebriti tempatan turut mengecam tindakan Israel membinasakan Semenanjung Gaza.

Tidak terkecuali Trio Harmoni diketuai komposer terkenal Zubir Ali yang popular dengan lagu puisi.

Beliau menghasilkan lirik lagu menentang peperangan seterusnya membantah kerakusan tentera Israel.

Kumpulan yang dianggotai Dzullkeflee Zakaria (Joei), Shafa'atusara Silahudin (Shafa) selain Zubir aktif menghasilkan lagu puisi yang mempunyai maksud tersendiri.

Menurut Zubir, sejak 1980-an lagi pihaknya sudah menghasilkan lagu untuk peperangan dan Palestin antaranya yang popular, Balada Seorang Gadis Kecil diikuti lagu berjudul Tuan Presiden (2000) yang kerap disampaikan pada persembahan membabitkan forum atau festival yang disertai delegasi antarabangsa.

“Sebenarnya kumpulan Harmoni ditubuhkan pada 1980-an. Begitupun disebabkan komitmen dan kesibukan masing-masing membuatkan kumpulan ini dibubarkan seketika. Kumpulan yang menggunakan nama Trio Harmoni pula mula ditubuhkan kembali sekitar dua tahun lalu dianggotai ahli baru iaitu Shafa selain mengekalkan anggota asalnya, Joei dan saya sendiri.



“Lagu Balada Seorang Gadis Kecil dihasilkan sekitar 1983. Kebetulan pula lagu itu memenangi anugerah Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia pada tahun itu. Kami memang aktif menghasilkan lagu puisi.

“Setakat ini, 40 lagu sudah dirakam dan tujuh daripadanya boleh dikatakan popular dan mendapat tempat di kalangan pendengar muzik.

“Kami juga dalam perancangan untuk menghasilkan album mini . Begitupun perlu mempertimbangkan beberapa perkara dari segi kesesuaian masa selain perlu membuat penelitian bagi aspek penyusunan lagu. Menghasilkan produk berkualiti tentunya mengambil masa panjang,” katanya.

Pensyarah sambilan dalam bidang Pengajian Asas Penulisan Puisi di Universiti Malaya ini mengakui pasaran penjualan album di seluruh negara kurang memberangsangkan disebabkan masalah cetak rompak dan kesan teknologi digital yang membolehkan pengguna muat turun lagu menerusi Internet dan telefon bimbit.

Menurut Zubir kumpulan yang pernah menghasilkan album Primadona dan bernaung di Life Record itu menghasilkan karya untuk memelihara serta memperkayakan khazanah muzik Malaysia.

“Kedua-dua lagu ini menyatakan lirik yang sesuai dengan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan tentera yang tidak berperikemanusiaan. Lagu berjudul Tuan Presiden adalah kritikan terhadap kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

“Situasi membabitkan persoalan kemanusiaan. Kami menentang berdasarkan keadilan kemanusiaan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Malam Demimu Palestin yang bakal diadakan di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam, 23 Januari ini.

Trio Harmoni akan menyampaikan dua lagu itu pada program berkenaan yang bertemakan nilai kemanusiaan dan kesejagatan yang berlangsung

Program anjuran sebuah kumpulan akhbar dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Perpaduan dan Warisan serta Kementerian Luar itu satu daripada usaha menentang kezaliman tentera Israel.

Antara yang terbabit membaca puisi pada program itu ialah Menteri Luar, Datuk Dr Rais Yatim dan Menteri Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Shafie Apdal.

Di samping penyertaan penyair dan sasterawan negara antaranya Shukri Abdullah, Zaen Kasturi, Dr Lim Swee Tin dan Puzi Hadi.

Penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Aznil Nawawi, M Nasir, Suhaimi Meor Hassan dan Kopratasa dijangka mengambil bahagian.

Tidak ketinggalan Presiden Karyawan, Freddie Fernandez serta pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam dan Penerbit Eksekutif MIG, David Teo.

Selamatkan Palestin, hancurkan Zionis Israel




Selamatkan Palestin, hancurkan Zionis Israel
Oleh Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad
bhsastera@nstp.com.my

Saksikan penyair bersatu dalam puisi mengutuk kezaliman Yahudi laknat

KEBENCIAN dan rasa marah membuak-buak terhadap kezaliman rejim Israel yang menghujani bumi Palestin dengan serangan roket menguasai emosi deklamator yang beraksi pada majlis Baca Puisi Pena: Selamatkan Palestin, Hancurkan Zionis Israel sehingga meremangkan roma khalayak kerana simpati dengan nasib malang mangsa kekejaman Yahudi itu.

Deklamator sepakat membela nasib bumi Palestin yang saban hari bersiram darah akibat bedilan bom oleh rejim Zionis dengan alasan untuk mengajar musuhnya, Hamas, hingga difitnah memulakan serangan demi menghalalkan tindakannya menjadikan orang awam termasuk wanita, lelaki berusia mahupun kanak-kanak tidak berdosa, sebagai sasaran.

Acara bulanan anjuran Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu, seolah-olah cuba mengembalikan kembali adab dalam Islam pada majlis itu apabila acara dimulai dengan bacaan doa oleh Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Azman al-Khurowi.

Naib Setiausaha Agung Pena, Shamsudin Othman dengan suara ibarat peluru berpandu menggegarkan suasana malam dengan Berkunjung Ke Rumah Kedamaian yang digarap daripada Surah al-Fil memohon bantuan Ilahi bagi menghapuskan rejim Israel dengan cara menghantar burung ababil bagi menghancurkan tentera bergajah Musyrikin.

Bom di mana-mana
Bom! BOMM!
Bommm! BOMMMM! BoMMMMM
depan BOM!
belakang BOM!
kanan BOM!
kiri BOM!
jeritan di sana sini
tangisan di sini sana
bertingkah menyilang ruang
ratapan dan doa adalah penangkis
setelah darah mengalir menuju jihad.

Kita dik ejauhan, di sini tanah airku
hanya mampu menumpang sedih
juga berkongsi sengsara
melihat dengan insaf
mendengar dengan taubat
kezaliman demi kezaliman.

Penyair bersuara lantang dari Kedah, Puzi Hadi menyingkap krisis di Genting Gaza termasuk Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Liga Arab, Amerika & Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Israel & Parti Kadima serta Kesatuan Eropah serta Russia lewat puisinya, Genting Gaza, Gentingnya Genting.

... Gentingnya gentingkah serangan roket Qassam Hamas buatan tangan versus serangan udara Israel Defence Force (IDF) peluru berpandu made-in-USA
Gentingnya pemastautin Gaza menjadi warga OKU: Kurang upaya air dan makanan, kurang upaya rumah dan sekolah, kurang upaya mengimpikan esok pada cahaya mentari pada sinaran bulan

Gentingnya ... dan kematian di Gaza
Gentingnya umat Islam Gaza dan Tebing Barat sama gentingnya umat Islam di Iraq, Afghanistan dll. seantero dunia dilabel teroris hijau oleh George W Bush selepas 9/11
Gentingnya Gaza meniti titi kematian waima seribu Barack Obama mengepalai Presiden Amerika Syarikat ... lalu kita kembali bermuhasabah diri, doa dan al-Quran pada surah al-Fath (Kebenaran) Surah 48:29 ayat
Genting Gaza, gentingnya genting ...

Penyair veteran, Ahmad Sarju, menyentuh hati khalayak dengan puisinya, Puisi Anak-anak di Bumi Palestin, menyelitkan bait penderitaan anak Palestin, rentetan serangan Zionis Israel yang kejam sehingga mereka kehilangan ibu bapa tempat mereka berpaut dan tidak kurang cacat anggota sehingga tidak berdaya meneruskan hidup.

Yang berlumuran darah
rebah dan patah
yang putus hangus
tersepit dan tertimbus
yang terkurung bingung
melaung dan meraung
yang merangkak meniarap
terketar dan menggeletar
yang layu dan terkulai
tak mampu bergerak
yang menitis ke bumi
bukan air mata
tetapi darah rakyat Palestin.

Yang sempat berteriak
di bawah runtuhan batu besi
yang terketar dan menggeletar
di bawah bangunan terbakar
siapakah yang menyebabkan
angkara kejam begini
si pembunuh pemimpin Israel
bangsa Yahudi yang gila membedil
dengan sekutunya berlagak adil
dengan tangan syaitannya
membunuh anak-anak di bumi Palestin.

Koordinator Pena, Dr Ahmad Razali Yusuf, memperkukuhkan lagi kekejaman Israel yang mensasarkan tembakan dan bedilan ke arah penduduk awam tidak berdosa sehingga kanak-kanak menjadi mangsa menggelepar menunggu ajal di sebalik bangunan runtuh lewat puisinya, Ya Gaza.

Anak-anak Palestina yang rindukan
Kemerdekaan dan perdamaian
Bumi subur yang menjadi rebutan
Dari seribu kekejaman tanpa destinasi

Ya Hamas...
Dalam kemelut waktu dukamu

Ya Israel, ya Israel, ya Israel
Alias bangsa Yahudi terkutuk
Kausasarkan peluru beracun
Dan ledakan bom-bom serta motar
Pada tubuh-tubuh tidak berdosa
Engkau ranapkan masjid-masjid dan sekolah
Di bumi Gaza
Biarpun protes dari seluruh dunia
Namun kedegilan, terus membara di kepalamu.

Penyair veteran, Saring Sirad atau Ismas Saring mengajak khalayak melihat keangkuhan Israel lewat puisinya, Kaukah Umatku yang Mulia yang mengutuk ketaksuban bangsa itu sebagai kaum pilihan bagi menguasai dunia seperti tercatat dalam kitab suci mereka, sehingga sanggup membunuh bangsa lain.

Pena akan mengumpulkan semua karya hebat pemuisi tempatan mengenai penentangan terhadap kekejaman Israel yang dideklamasikan pada malam itu untuk dijadikan antologi bagi menghargai jasa mereka berkarya sambil berjihad.

Majlis malam itu turut dihadiri Datuk Baharuddin Zainal , Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, turut diserikan dengan bacaan puisi oleh Borhan Mat Zin, Daeng Ramli Akil, Khalid Salleh, Malim Ghazali, Ahmad Syukri Abdullah, Arbak Othman, Zubir Ali, Solihin Othman dan Amirudin Ali.

Malam puisi untuk Palestin




Malam puisi untuk Palestin
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Trio Harmoni menanti tawaran rakaman album.

Zubir Ali akan laungkan semula lagu Balada Seorang Gadis Kecil dan Tuan Presiden

LAGU nyanyian mereka pernah mencuri perhatian peminat muzik tanah air suatu ketika dulu. Siapa sangka, hanya berbekalkan lagu berbentuk puisi, kumpulan Harmoni pernah mengecap kemanisan populariti suatu ketika dulu.

Lagu seperti Penantian, Balada Seorang Gadis Kecil cukup sinonim dengan mereka. Namun, jodoh kumpulan yang dianggotai Zubir Ali, Dzulkeflee Zakaria atau Joei, Ogy dan Azie ini tidak berpanjangan apabila tahun 1985 menyaksikan kumpulan ini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Ada yang memberikan tumpuan terhadap kerjaya tetap, rumah tangga dan ada yang membawa diri berhijrah ke luar negara seperti Joei. Hanya yang kekal dan meneruskan perjuangan mereka dalam dunia seni adalah Zubir dan Azie, yang kini sering dilihat membuat persembahan di majlis makan malam bersama suaminya, Syed Sobrie.

Walaupun Harmoni sudah lebih dua dekad berkubur, namun semangat kumpulan ini masih lagi wujud. Lalu atas usaha pengasasnya, sekitar 2007, lahirlah kumpulan Trio Harmoni yang selain Zubir, ia turut dianggotai anggota asalnya Joei serta seorang vokalis wanita baru, Shafa’atusaara Silahudin atau Shafa.

“Kumpulan ini ditubuhkan kembali pada tahun 2007 iaitu selepas saya bertemu kembali dengan Joei yang pulang ke tanah air selepas lebih 20 tahun dia luar negara. Hilang tak dapat dikesan.

“Manakala Shafa pula adalah bekas pelajar saya sewaktu di Universiti Malaya dulu. Sebelum memilih dia menganggotai kumpulan ini, dia perlu menghadiri sesi uji bakat. Bukan saja dia dinilai dari segi vokal, tetapi juga dari segi disiplin serta ketahanannya untuk berdepan dengan dunia seni ini,” jelas Zubir ketika ditemui pada majlis sidang media Malam Puisi Demimu Palestin di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sepanjang hampir tiga tahun ditubuhkan, menurut Zubir, Trio Harmoni banyak terbabit dalam persembahan nyanyian puisi dan mereka juga menunggu peluang untuk merakamkan lagu dalam bentuk album.

“Setakat ini lagu sudah ada, hanya tunggu tawaran untuk merakamkannya saja. Walaupun saya tahu keadaan pasaran kurang memberangsangkan, namun saya percaya lagu puisi masih ada penggemarnya,” kata Zubir yang sudah menghasilkan 200 buah lagu.

Mengulas pembabitannya dalam acara mendeklamasi puisi itu, Zubir berkata apa yang dilakukannya itu semuanya atas nama kemanusiaan sejagat.

“Ini bukan soal agama dan bangsa semata-mata. Agama apapun, dalam dunia ini menentang keganasan sesama manusia dan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah sesuatu yang sangat kejam.

“Dan saya sendiri memang sudah lama mengecam tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini dengan mencipta lagu yang berkaitan dengan rakyat Palestin.

“Antara lagu yang popular adalah Balada Seorang Gadis Kecil dan Tuan Presiden. Lagu Tuan Presiden adalah lagu protes yang saya tujukan kepada kuasa-kuasa besar dunia yang memandang hal kekejaman tentera Israel ini sebelah mata saja,” jelasnya sekali gus melahirkan kekesalan di hati.

Malam Puisi Demimu Palestin sebagai manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim zionis membunuh rakyat Palestin di Laman Santai, perkarangan Istana Budaya pada 23 Januari ini, mulai pukul 8.30 malam.

Selain Trio Harmoni, program bercorak amal itu turut menggabungkan tetamu kenamaan, penggiat sastera dan budaya serta artis popular tanah air.

Antara yang terbabit ialah penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Datuk Yusof Haslam, David Teo, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dr. Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Puzi Hadi, Shukri Abdullah dan Rahimidin Zahari.

Malam puisi itu dianjurkan dengan dengan kerjasama Kementerian Luar; Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Perpaduan dan Warisan; Istana Budaya dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

INFO:

* Malam Puisi Demimu Palestin diadakan di Laman Santai, Istana Budaya pada Sabtu ini, 23 Januari, jam 8.30 malam.
* Ia diadakan secara percuma.
* Antara yang terbabit menjayakan Malam Puisi Demimu Palestin nanti ialah Datuk A Samad Said, Dr Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Puzi Hadi, Shukri Abdullah, Datuk Yusuf Haslam, Datuk Siti Nurhaliza, David Teo dan Freddie Fernandez.

Penyair, puisi dan Palestin bergema di Istana Budaya

RENCANA

ARKIB : 19/01/2009
Penyair, puisi dan Palestin bergema di Istana Budaya

E-mel: cp@galaxystudio.tv

DALAM halaman Forum Utusan Malaysia beberapa hari lalu yang menyiarkan puisi tentang kekejaman Israel terhadap Palestin karya penyair tersohor Puzi Hadi.

Begitu juga dalam halaman rencana mengenai Palestin dalam Mingguan Malaysia sebelum itu yang menyiarkan puisi Prahara Nakbah Palestin karya Rozais Al-Anamy.

Melihat kedudukan puisi dalam kedua-dua halaman ini menunjukkan puisi mempunyai keupayaan mengekspresi suara jiwa penulisnya.

Jumaat ini pukul 8.30 malam bertempat di Laman Santai Istana Budaya, Kumpulan Utusan dengan kerjasama Istana Budaya menganjurkan acara deklamasi puisi Demimu Palestin.

Puisi sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengekspresi suara jiwa penyair terhadap kekejaman paling dahsyat di Palestin.

Ini antara usaha memperlihatkan simpati terhadap Palestin selain meletakkan puisi pada takah yang dihormati.

Puisi adalah kata-kata yang terpilih selepas disaring dan disusun sekian kali. Lalu menghayati atau membaca, mendeklamasi dan menghayati puisi adalah satu pengalaman yang sangat peribadi.

Kesannya tertusuk di jiwa dan sukar untuk menghujahkan kecuali kepada mereka yang menyusuri ciptaan manusia yang agung ini.

Ini diakui oleh pemenang Hadiah Nobel bahagian kesusasteraan, Joseph Brodsky bahawa ada kaedah yang khusus untuk "membaca" kerana ia satu pengalaman yang amat peribadi.

Kata Brodsky lagi, membaca puisi memerlukan kaedah berbeza daripada novel atau cerpen serta menuntut ketekunan, kesabaran dan konsentrasi yang sangat tinggi.

Brodsky menghujahkan bahawa penyair atau penulis yang baik tidak akan muncul dengan pemikiran yang kosong tetapi turut dibina oleh persekitaran sosio-budaya dan sosio-politik masyarakat selain pengalaman peribadi juga usianya.

Maka apabila semakin banyak kita membaca puisi, kita akan menjadi semakin tidak selesa dengan sekian banyak pembaziran kata dalam bentuk prosa sedangkan dengan kata-kata yang sangat terhad boleh menyampaikan suara jiwa yang besar.

Puisi juga menyediakan satu landasan mental untuk pelbagai bentuk, eksperimen, stail dan pendekatan untuk dilakukan.

Maka acara deklamasi puisi Demimu Palestin bukanlah sekadar satu aktiviti menghimpunkan beberapa penyair dan seniman daripada pelbagai bidang tetapi yakin bahawa puisi mampu memberikan sesuatu kepada khalayak.

Acara yang dirancang dalam masa yang singkat ini mendapat sokongan banyak pihak. Tentu saja sokongan bukan kerana Kumpulan Utusan tapi atas dasar simpati terhadap mangsa kekejaman rejim Zionis di Palestin.

Sempena program yang menggabungkan tetamu kenamaan, penggiat sastera dan budaya serta artis popular tanah air, satu kutipan bagi mengisi Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) akan diadakan.

Program atas dasar kemanusiaan itu membuktikan semua agama dan bangsa di dunia ini boleh bersatu membantah tindakan kejam Israel.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang turut mendeklamasikan puisi tentu mempunyai sesuatu untuk dikongsikan dengan khalayak mengenai penghayatannya tentang tragedi di Palestin.

Begitu juga penyair Shukri Abdullah, Zean Kasturi dan Rahimidin Zahari. Moga puisi-puisi mereka mampu menyumbangkan sedikit pengertian antara hidup kita dan hidup orang lain.

Genting Gaza, gentingnya genting




GENTING Gaza, gentingnya genting

Gentingnya para seteru dua bahtera, Hamas dengan Fatah

Gentingnya negara Palestin dua dalam satu, Genting Gazanya Ismail Haniyeh dan Tebing Baratnya Mahmoud Abbas

Gentingnya para pemimpin dua negara, Gaza/Tebing Barat dengan rejim Israel

Gentingnya para pengarah dan aktor filem "Krisis Kemanusiaan: Gaza," dwi-Ehudnya Ehud Olmert dan Ehud Barak dengan aktornya 1.5 juta penduduk awam Gaza dan penontonnya rakyat negara Arab, Eropah, Amerika dan seantero dunia termasuk aku dan kau di Malaysia

Gentingnya antara para pembida politik dunia: Si pelucu OIC & Liga Arab, si badut Amerika & PBB, si pengkartun Israel & Parti Kadima, si pelawak Kesatuan Eropah & Rusia

Gentingnya antara berbisik, berlobi, bermesyuarat: Antar bumi dengan langit, antar bulan dengan mentari, antar … dengan … tanpa apa-apa cuma resolusi fatamorgana

Gentingnya gentingkah serangan roket Qassam Hamas buatan tangan versus serangan udara Israel Defence Force (IDF) peluru berpandu made-in-USA

Gentingnya pemastautin Gaza menjadi warga OKU: Kurang upaya air dan makanan, kurang upaya rumah dan sekolah, kurang upaya mengimpikan esok pada cahaya mentari pada sinaran bulan

Gentingnya dentuman dan ngauman bom dan peluru dalam siang dalam malam: Siangnya asap hitam berkepul di langit bak malam, malamnya cahaya bom cerah benderang bak siang mencari mangsa setiap yang bernama Gaza AK Palestin

Gentingnya di selatan Gaza: Mesir menutup pintu sempadan Rafah berpegang amanah kata dua Israel, jadilah Genting Gaza sebuah penjara besar di dunia sekejam penjara Teluk Guantanamo

Gentingnya Gaza dengan angka kematian bayi dan kanak-kanak sekolah meningkat dek peluru dan bom dari udara-laut-darat, negara-negara dunia pun menjanji meningkatkan angka jutaan USD dek keprihatinan sebuah kemusnahan dan kematian di Gaza

Gentingnya umat Islam Gaza & Tebing Barat sama gentingnya umat Islam di Iraq, Afghanistan d.l.l. seantero dunia dilabel teroris hijau oleh George W. Bush selepas 9/11

Gentingnya Gaza meniti titi kematian waima seribu Barack Obama mengepalai Presiden Amerika Syarikat… lalu kita kembali bermuhasabah diri, doa dan al-Quran pada Surah Al-Fath (Kebenaran) Surah 48: 29 ayat

Genting Gaza, gentingnya genting

Nukilan,

PUZI HADI, Alor Star

11 Muharam 1430/8 Januari 2009

Nota buat rakyat Amerika







TAHNIAH! Anda memilih George W. Bush Jr. semacam George Bush Sr. memimpin Amerika Syarikat. Mereka berdua (bapa borek anak rintik) membeli atau menjual saham Perang Teluk II (2003) dan Perang Teluk I (1991).

TAHNIAH! Anda mempunyai presiden berahli silap mata, plagiarisme, pemutar belit dokumentasi sehingga ucap katanya memukau PBB dan sekutu Britain, Australia dan Sepanyol. Lakaran gambar satelit bumi Iraq begitu hidup dan berkaca ke mata Arab Saudi dan Kuwait. Tayangan dan suara rakaman Osama Bin Laden menggerunkan buat Pakistan.

TAHNIAH! Anda berbekal stesen CNN yang licik menayang gambar memanipulasikan berita yang palsu adalah 'kisah benar.' Berulang tayang gambar dan berulang tayang newsbar menanam kepercayaan 'kisah benar' yang benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

TAHNIAH! Anda hidup dalam dunia CIA dan FBI menyuap hidangan data dan maklumat ke mulut presiden. Ejen-ejen perisik sibuk memantau dan memancing musuh dalam selimut dengan upah US Dollar dan wanita seksi ala aktor khayalan Ian Fleming. CIA menyelinap ke seantero dunia via kedutaan via multinasional via konglomerat via peace corp via atase kebudayaan via rombongan perdagangan - siapa sangka?

TAHNIAH! Anda dibebani kos biaya peperangan dan kos nyawa tentera di bumi Afghanistan memerangi al-Qaeda dan Taliban. Kini menanggung kos biaya menghidupkan keamanan, demokrasi dan kebebasan rakyat Iraq pada telahan presiden anda. Kos biaya keluar dari poket pembayar cukai Amerika iaitulah anda.

TAHNIAH! Presiden anda sentiasa menang andaian perang di atas kertas. Orang Amerika sentiasa hero sejagat tanpa mati ala aktor Rambo paparan filem. Tapi buku sejarah tidak pernah menipu atau ditipu 'kisah benar' Cuba, Vietnam dan Somalia.

TAHNIAH! Anda mempunyai seseorang bernama Presiden George W. Bush yang menang 'perang' pilihan raya di Florida. Peti undi berulang dibuka dan kertas undi dikira semula atas nama demokrasi Amerika. Jangan diragui GWB pilihan anda yang disahkan mahkamah... demi untuk negara Amerika.

PUZI HADI

Alor Star, Kedah Darulaman